Terdapat kata pepatah yang berbunyi “Jangan harap orang menghormati anda tetapi
berusahalah agar orang menghormati anda”.(Don’t expect people to respect you
but earn their respect).
Akan tetapi khusus bagi suami, kata pepatah yang tepat ialah: “Hormatilah suami, niscaya dia akan bertindak cemerlang sehingga anda akan lebih menghormatinya.”
Betapa besarnya hak suami sehingga seandainya Allah membolehkan manusia sujud sesama manusia, sudah tentu yang akan diperintahkan sujud ialah seorang isteri kepada suaminya.
Ini kerana memenuhi hak suami adalah memenuhi hak Allah sebagaimana yang Rasulullah terangkan dalam hadits yang lain: Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, seorang wanita tidak akan memenuhi hak Rabb-Nya (Allah) sehinggalah dia memenuhi hak suaminya. [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 1843/1853]

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan hadits ini, seolah-olah baginda mengetahui di kalangan umatnya kelak akan ada isteri-isteri yang suka membangkang kepada suaminya.
Meskipun isteri-isteri ini adalah mereka yang mendirikan solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat tahunan, namun sikap mereka kepada suami sangatlah berbeza daripada yang diajar oleh Islam.
Sebahagian kini, isteri lebih bekerjaya dan menduduki jawatan yang lebih tinggi atau mendapat pendapatan lebih lumayan berbanding suami, maka mereka kurang menghormati suami. Mereka berbuat sesuka hati dalam urusan rumahtangga dan kerap menekan suami dalam apa yang mereka kehendaki, seolah-olah suami ialah staf bawahan di pejabat. Maka hadits di atas sekali lagi menjadi peringatan bahawa di sisi Allah, kedudukan suami tetap lebih tinggi.
Sementara pendapatan yang sebenarnya lumayan ialah pahala daripada Allah, hasil daripada isteri yang menghormati,mentaati dan berbakti kepada suami.
Lebih dahsyat lagi di saat ini ialah seruan-seruan kesamaan gender, di mana hak lelaki disamakan dengan hak perempuan dalam semua urusan. Maka berdasarkan seruan ini, isteri merasakan dirinya memiliki hak yang sama dengan suami dalam semua urusan. Hadits di atas sekali lagi memberi peringatan bahawa di dalam Islam tidak ada kesamaan gender.
Tidak ada hadits yang menerangkan bahawa seandainya dibolehkan, maka akan diperintahkan suami sujud kepada isteri. Oleh itu diulangi, seruan kesamaan gender bukanlah seruan wahyu tetapi seruan pemikiran yang ingkar kepada Allah, Rasul-Nya dan Islam.
Apa yang diajar oleh Islam ialah keharmonian gender, di mana lelaki dan wanita, suami dan isteri, masing-masing memainkan peranan yang telah diletakkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Tidak ada persaingan, tidak ada pertindihan dan tidak ada pengabaian dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab ini. Setiap lelaki dan wanita, suami dan isteri saling melengkap secara harmonis dan akan diberi ganjaran pahala selari dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Baca: Hikmah Berkahwin
#RidwanFH
No comments:
Post a Comment
PENGUNJUNG YANG BAIK SELALU MENINGGALKAN KOMENTAR
Terima Kasih Sudah Berkunjung ke Wabsite Saya...