Ramai yang bertanya hukum duduk bertongkatkan tangan ke
belakang setelah ramai yang berkonsi status ini di fb.
Dalam hadis ini menyatakan yang dilarang itu apabila
seseorang menongkatkan tangan kirinya sahaja dibelakang dan ia merupakan cara
duduk golongan yang dimurkai Allah iaitu Yahudi dan umumnya semua orang kafir
dan sebagainya.
قال الشريد بن السويد : مر بي رسول الله صلى الله
عليه وسلم وأنا جالس هكذا وقد وضعت يدي اليسرى خلف ظهري
واتكأت على ألية يدي فقال لي : "أتقعد قِعْدة المغضوب عليهم " رواه أبو داود
.
Kata al syarid bin al suwaid: Rasulullah melintasi
sedang aku duduk begini dia letakkan tangan kirinya belakangdan bertongkat
dengannya maka Rasulullah s.a.w. Berkata: adakah engkau duduk dengan duduknya
mereka yang dimurkai.
Hadis ini disahihkan oleh para imam seperti al
hakim dan al zahabi, al Nawawi, Al Albani.
Hadis ini jelas membawa hukum haram walaupun ada
sebahagian ulamak seolah olahnya cenderung kepada hukum Makruh.
Tetapi yang diharamkan itu apabila bertongkat
dengan tangan kiri ke belakang sama ada dalam solat atau diluar solat. Maka
sesiapa yang nak duduk seperti itu hendaklah dia bertongkat sama ada dengan
tangan kanannya sahaja atau kedua dua tangannya di belakang. Inilah pandangan
yang diutarakan oleh Imam Ibn Baz, Ibn Utsaimin, dan selainnya
Gambar dibawah ini adalah duduk yang dibolehkan
bukan seperti yang disebutkan dalam hadis.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment
PENGUNJUNG YANG BAIK SELALU MENINGGALKAN KOMENTAR
Terima Kasih Sudah Berkunjung ke Wabsite Saya...