Pesanan ini ditulis oleh Ulama
muktabar:
1. Jagalah solat pada awal waktu.
Berusahalah untuk menjaga waktu solat yang betul dan jangan lengah untuk
menunaikannya. Kalau datang haid sekalipun (tidak dapat solat), boleh duduk
diatas tikar sembahyang supaya anak tidak melihat kita meninggalkan solat.
2. Hidupkan bacaan Hadits Nabi SAW di
rumah dengan keluarga. Dianjurkan baca Hadits Fadhilah Amal setiap hari dengan
Istiqamah pada masa yang ditetapkan. Sebaiknya kumpulkan setiap ahli keluarga
termasuk kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Ini amalan sahabiah di zaman
Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh/solehah yg
mendoakan kesejahteraan kedua ibu dan bapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran dan zikir setiap hari
Berusahalah membaca Al Quran setiap hari dengan Istiqamah. Sebaiknya satu juzu'
setiap hari dan sekurang-kurangnya beberapa ayat. Kalau tak mampu untuk membaca
kerana terlalu sibuk, hendaklah mencium Al Quran dan muhasabah diri 'Ya Allah,
apa dosaku sehingga aku tidak dapat untuk membaca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil dengan amalan Sunnah Rasullulah SAW dan doa-doa
masnun yaitu doa seharian seperti doa ketika hendak tidur, doa bangun tidur,
doa makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana. Setiap hari
malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir
mohon keampunan kepada Allah SWT ke atas wanita tersebut.
6. Galak pada suami/ muhrim untuk
bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk
solat berjemaah di Masjid/Surau akan mendapat pahala berjemaah suaminya
termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini
bermanfaat. Muzakarahlah bersama rakan wanita lain supaya hakikat amalan ini
masuk dalam hati kita dan mudah untuk kita amalkan...
#Repost @akhwat.muslimm with
@repostapp ・・・ #RidwanFH
No comments:
Post a Comment
PENGUNJUNG YANG BAIK SELALU MENINGGALKAN KOMENTAR
Terima Kasih Sudah Berkunjung ke Wabsite Saya...